INFOMEDIA

Recent Posts


Selasa, 21 Februari 2012

Jika sebelum ini "tukanglawan" kongsikan cerita bagaimana kenderaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim diserang oleh sekumpulan samseng "taik kucing" selepas satu ceramah di kawasan Parlimen Sembrong,Johor semalam. (baca sini)

Ini bukan kali pertama kejadian ganas dan cubaan mencederakan berlaku, jika sebelum ini "tukanglawan bawakan kisah samseng "taik kucing" yang diupah itu menimbulkan kekacauan di jalan kebun dan di kelang, kita jangan lupa bila pengawal peribadi presiden PKR disuntik dengan dadah dalam satu kejadian beberapa minggu sudah. (baca sini)

Kita juga jangan lupa ensiden letupan 3 bom yang tercetus semasa pembacaan keputusan fitnah liwat II pada 9 januari lepas, nampaknya budaya politik sebegini semakin menjadi-jadi.

Kali ini "tukanglawan" bawakan pula Video apa yang terjadi sebenarnya pada hari kejadian tersebut.

Mari Saksikan


Apa pendapat anda setelah melihat sendiri apa yang terjadi pada malam berkenaan, tindakan samseng upahan itu nyata adalah bukti rejim Umnoapco harus ditumbangkan segera,

Video tersebut dirakamkan sendiri oleh saksi kejadian pada malam tersebut, dan kemudiannya telah dimuatnaik kelaman youtube. apa yang menarik ialah komen yang diberikan oleh individu tersebut, beliau menulis sebagaimana yang berikut.

aku takla obses berpolitik tp mlm nie aku nk bgtaw.aku malu kalau aku nie UMNO.aku rse hina kalo aku nie mat rempit UMNO kluang.. aku rase bodo kalau aku pcye sume berita dan akhbar yg sahih katenyer.kenape,mata dan kamera aku mnjadi bukti org2 tua di baling batu,telor,direjam lembing bendera,dibaling mercun bola sebab provoke mereka tak dilayan.respect kt pmbngkang sbb dh kne mcm2 pon dieorg tak balas blk.alhamdulillah.harapnye korg balik rumah tgk kpale atau kaki mak bapak kau yg bdarah..korg sndri yg baling.. adakah ini dikatakan pendekar melayu?

Individu yang menggelarkan dirinya MrLuciferssss's itu mengikut pengalaman "tukanglawan" memang benar bukan seorang yang obses tentang politik, ini dapat dilihat dari account youtubenya yang tidak memuat naik video berkaitan isu politik, video yang diatas adalah satu-satunya video yang bersifat politik.

Ini menunjukkan beliau memang berniat mahu mendedahkan apa yang terjadi supaya orang ramai melihat sendiri kerja-kerja jahat dan terdesak rejim Umnoapco dan menilai serta mempertimbangkan sendiri apa yang harus di lakukan.

Politik liar dan kotor sudah bermula, sedarlah kesabaran ada hadnya. jangan sampai terjadi sesuatu yang kita sendiri tidak mahu, selamatkan anak-anak muda dari Umnoapco durjana.



Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Video Gangster ganggu Ceramah Anwar Di Johor

Ceramah Anwar diJohor diganggu gangster Umno

Kadang-kadang agak kreatif dan melucukan bila rakyat malaysia meluahkan suara dan rasa hati mereka melalui sesuatu yang tidak kita jangka.

Mereka ini sungguh kreatif, mungkin jika mereka ini menjadi pengarah filem, pasti filem-filem yang terhasil itu tidak membosankan.

Tadi "tukanglawan" terlihat satu videoclip yang membuatkan "tukanglawan" gelak sendirian, video suntingan yang diambil dari beberapa babak ucapan menteri itu dijadikan videoclip lagu "kamilah penyamun"

Jom layan..


Kah..kah..kah, memang kreatif betul, benarkah mereka penyamun?, anda tanya diri sendiri...



Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Video lawak Menteri Nyanyi lagu Penyamun

Selasa, 31 Januari 2012

Anwar: Destinasi kita ialah Putrajaya

Rabu, 25 Mei 2011



Ryan Albrey seorang anak muda dari Australia yang perihatin kepada alam sekitar, membongkar rahsia kenapa kilang LYNAS dibina di malaysia,

Nick curtis iaitu Ketua pegawai eksekutif syarikat yang mengendali projek lynas di gabeng kuantan ini juga pernah diwawancara di sebuah stesyen penyiaran negara itu, memberikan alasan yang dapat disangkal oleh anak muda ini, alasan seperti terdapat bekalan air tawar, tenaga buruh yang bijak dalam pengurusan kilang tersebut dan keterdapatan bekalan kimia untuk projek ini, faktor-faktor itu juga terdapat lebih banyak di Australia sendiri.

Ryan Albrey memberikan 2 sebab sebenar kenapa kilang pemprosesan ini mahu dibina di malaysia iaitu

1- Rakyat Australia sendiri tidak akan membenarkan projek ini dijalankan di negara mereka


2- Pelepasan cukai selama 12 tahun kepada kilang pemprosesan Lynas ini dari kerajaan malaysia

Menurut beliau lagi kilang seumpama ini akan mengeluarkan sisa buangan yang sangat bahaya, mengambik contoh apa yang berlaku di bukit merah akibat sisa thorium yang mengeluarkan radiasi.

benar kata Ryan Albrey, mane mungkin penduduk sekitar kilang ini dapat manafaat, jika syarikat ini tidak membayar walau satu ringgit pun cukai.

Dan Anak muda ini sekali lagi mahu kita berfikir, kenapa rakyat malaysia mahu menerima kilang ini, padahal rakyat Australia sendiri menolak pembinaan kilang Lynas.

@TUKANGLAWAN Rasa, najib mungkin rasa dia betul bila meluluskan pembinaan ini, Menteri besar pahang tentu besar hidung bila mengusulkan perkara ini, mereka akan dianggap membawa pelaburan masuk, tapi mereka ini lah menteri-menteri yang bodoh dan bebal, kamu tidak membawa pelaburan masuk, yang kamu bawa ialah bencana.

Selasa, 24 Mei 2011



14.03.2011, Kg. Bahagia, Teluk Intan. Ceramah Sensasi PAS Teluk Intan Menampilkan saudar Bob Lokman

CERAMAH Saudara Bob Lokman 14.03.2011



14.03.2011, Kg. Bahagia, Teluk Intan. Ceramah Sensasi PAS Teluk Intan oleh Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar.
isu pembaziran perdana menteri dan isteri, kupasan perkauman dan keburukannya serta kupasan tentang umno,

CERAMAH DS Ir Mohammad Nizar 14.03.2011

Videos by cateogry

Jumlah Paparan

Mari ikuti saya